Wednesday, April 18, 2012

~New Cat at Hometown~

This 2 cats belongs to my older sister back in hometown...too cute for words. Kalau budak anak-anak bulus KL balik kampung mesti berjumpe dengan meow-meow comel ini.....




Introducing
~Cepu Oppa~
gender: male
age:5 months
colour: blue tabby
~Cepu belum mandi~


~ada hati nak ngorat Chenow...sayangnyer Chenow tak mau ^_^ since all my cat already neuter~



relax under the car







Introducing
~Gary Oppa~
gender: male
age:7 months
colour: blue

1st Day




Time Out


skodeng jiran




Thursday, October 20, 2011

~Big Bad Wolf~



Waaa....lama punya tajuk nih...tapi tak apa lah, saja nak update my last week xtiviti..

Well last week dapat lah chance pergi THE BIG BAD WOLF book fair, every year a must do activity untuk ke BBW book fair.. tahun lepas dia buat di South City Plaza, tahun ini a much larger, bigger place di MAEPS.



Pintu Gerbang The BIG BAD WOLF




Since tak mau too crowded sehingga tak mampu melihat buku so ambil cuti then pergi weekdays (Wednesday)...but suprised suprised still crowded, tak boleh bayangkan macam mana weekend crowd.....scarrrryyyy just to think about it.



Crowded....Banyak buku (international) around RM8 only...




So sampai jer terus terjah buku for my fav author....well, i'm typical girl who like typical romance books...hihihi... well i know prince charming tak ada dalam real life but sebab itu lah i read book on romance ...indulge in a little fantasy and fairy tale... ^_^


So ronda sana sini sana sini...sampai rambang mata...in the end pick up 5 books... my sister's paling banyak borong...around 8 books. Cari buku on Cats tapi already sold OUT....huhuhu...

My Choice for the day:
Lisa Kleypas - Smooth Talking Stranger (RM8)
Jenny - Bet Me (RM8)
Meg Cabot - She Went All The Way (RM8)
Nora Roberts - Public Secrets (RM8)
Susan Elizabeth Phillips - Heaven, Texas(RM8)

Well that's about it...tour on THE BIG BAD WOLF... tak banyak picture since terlampau khusyuk tengok buku sana sini terus terlupa snap picture..hihihi...


Any way, can't wait for this weekend...Abang nak kahwin, first majlis keluarga sooooo very excited nak terima ahli keluarga baru ^_^


p/s: 1/3 masa di luangkan untuk my cats, 1/3 for my books, 1/3 untuk kerja.....mana nak letak masa for future boyfriends???? hohohohoho....oh my fantasy just running wild... ^0^



Tuesday, September 13, 2011

~Kisah Anak Bulus di Kampung~

Firstly nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua rakan-rakan bloggers ^^

Lamanya tak update blog bukan tak ada topic, terlampau banyak sebenarnya tapi masa tak mengizinkan...

Okey sekarang nak cerita pasal hari raya.... well inilah potrait family di pagi hari.. Nampak seekor kucing terselit tuh??? Nampak kan?




Meh cerita sikit pasal dia.
Nama manja kitaorg panggil Yoyen.
Nama Betul: Coreng
Breed: Semi Flat Persian
Sex: Male
Umur: 6 Bulan

New addition to the family, kitaorg dapat dia sehari sebelum hari raya. Rezeki dia nak beraya dengan kami sekeluarga. Actually this cat not 'mine', dia milik kakak sbb akak yang kene jaga ahhhahahaha...

One thing yang kitaorg tak gemar, dia suka duduk dapur, tidur kat dapur, main kat dapur, sampai hari raya hari tu masuk dalam kuali minyak, nasib baik kuali dan minyak tak panas...isk isk isk...

Everyone favorite cat at this moment...hahahahha


Ni lah keadaan dia lepas terjun dalam kuali penuh minyak



First day dapat dia, sehari sebelum hari raya


Okey enough pasal new cat. Pasal my lovely 3 musketeers. Patchor, Chenow dan Tontot memang aku bawak balik kg since cuti panjang. Cage besar pun dah beli. Pagi raya lepas mereka beraya di beranda rumah je hahahahhahah

So inilah gambar mereka....





Ehhh....mana gambar Pat Chor???? Actually Pat Chor susah sikit nak capture gambar dia, bila nak shoot jer dia menyorok....tak apa lah Diva PatChor tu exclusive sikit kan hahahahha...


Okey, habis dah merapu...SELAMAT HARI RAYA KALIAN SEMUA....

Thursday, July 28, 2011

~Nak Cari Rumah....~

Aku nak capai matlamat hidup aku yang ke-2. Aku nak beli rumah yeaa....(ehh....ada duit ker???)
Duit tu adalah tapi tak lah banyak mana, tapi nak merasa ada rumah sendiri dan hidup dengan anak bulus tenang dan aman (^0^)..... So anyway aku nak cari rumah macam
-apartment
-flat
-shop lot
-town house
(kalau terrace house i tak mampu okey.....loan tak approved hahahahahhaha)

Terrace di Kuala Lumpur & Selangor sahaja dah cecah 300k mana lah nak cari duit kan.....

Area yang aku nak adalah di
-Pantai dalam
-PJs
-Jalan Klang Lama
-Taman Desa
- Taman Sri Permaisuri(Cheras)
-Bangsar
dan yang berdekatan dengan UM.... (dah aku kije situ....nak ler duduk kat situ kan kan kan?)

Aku dah cari di Mudah dan iProperty tapi tak jumpa yang murah dan berkenan lagi... Aku tak kisah sangat dengan keluasan rumah... yang aku very particular adalah parking!!!! Aku tak nak havoc car park atau car park yang berlapis-lapis hingga menyebabkan kena tolak kereta pagi-pagi buta dan kawasan mestilah selamat didiami...

so sesiapa yang ada kenalan or saudara mara yang nak jual aparment/flat dia roger-roger i okey.....

opsss lupa nak britau...budget tak banyak okey (max 130k sahaja) lebih-lebih tak der pitih k...hihihihih...



Tontot: Mama nak cari rumah????? Jangan lupa bawa kami sekali yer.....Tontot nak bilik satu, tak mao kongsi-kongsi okey....

"Memang lah mama bawak semua sekali, mana leh tinggal....cayang semuanyaaaa...."


Wednesday, July 20, 2011

~PhotoBook Anak Bulus~

Yeay, akhirnya photobook untuk anak bulus telah siap. Dari hari tu lagi nak buat photobook untuk mereka ini. Sayang kalau gambar yang telah dicapture tak diprint.

Buku ini ada 20 pages dan aku abdikan sepenuhnya kepada Pat Chor, Chenow, dan Tontot tersayang.



Cover depan (Hard Cover - Full Wrap Cover)





















p/s: tak sabar nak buat edisi ke-2 pula.....

Wednesday, July 6, 2011

~Alhamdullillah, Semua Kembali Normal~

Banyak yang berlaku last week actually, I'm physically and mentally exhausted (_ _)'. Minggu lepas emak buat operation Lipoma di Hospital Temerloh. Aku ambil cuti seminggu pulang ke kampung untuk menjaga emak selepas operation.

Disebabkan aku cuti lama tak sanggup rasanya berpisah dengan anak bulus, so aku angkut mereka sekali pulang ke kampung.

Mereka dari kecil memang biasa travel, dan selalu pulang ke kampung dengan aku dan mereka juga aku kurung di dalam bilik dan dilepas hanya apabila aku mampu mengawasi pergerakkan mereka.


Luka Operation Emak


Semuanya baik-baik belaka dan operation emak pun berjalan lancar tanpa komplikasi berat, tapi hari kedua (28/7/2011) menjaga emak di hospital, Chenow hilang. Hanya Abah berada di rumah dan dia tak perasan Chenow keluar dari wet kitchen di rumah. Aku tak salahkan abah langsung, perkara nak terjadi.

Balik dari hospital puas aku cari Chenow merata-rata tempat. Menangis, teriak, jangan cakaplah. Emak belum sihat sepenuh lagi, kucing pula hilang. Hilang semangat dan jiwa aku (T_T).

Waktu itu aku hanya berharap Chenow jumpa jalan pulang. Hari demi hari aku makin hilang harapan untuk bertemu anak manja aku tu.

Poster ditampal dan seluruh kg aku ronda...

Sampai masa, hari ahad aku terpaksa pulang ke KL, Chenow masih belum ditemui. Aku hanya harapkan yang terbaik. Jika dia dibela oleh orang lain semoga orang itu akan menyayangi Chenow sebagai mana aku menyayanginya.

Berada di rumah aku di KL aku rasa Chenow berada dimana-mana. Sayu sangat hati ni. Kucing-kucing aku yang lain pun senyap sahaja, kerana Chenow adalah pendamai antara Patchor dan Tontot.

Semalam (5/7/2011) genap seminggu Chenow hilang, emak call pagi sebelum pergi kerja. Dia cakap Chenow dah pulang ke rumah. Tengahari tu jugak dari KL aku pulang ke kg untuk ambil Chenow.

Sedih waktu aku melihat keadaan dia yang kurus sangat, kotor, segala jenis kutu ada. Syukur masih ada jodoh antara aku dan Chenow, dan syukur juga Chenow masih mengenali aku. Tak renggang langsung dari aku, mungkin trauma kerana Chenow penakut dengan stranger.

Keadaan Chenow yang kusut dan kurus.

Syukur alhamdullillah, sekarang semuanya kembali normal. Emak telah pun kembali sihat dan Chenow sudah pulang ke pangkuanku. Ya Allah, Terima Kasih atas kurniaan mu...





Thursday, June 30, 2011

Chenow Lost!!! Please Pray I Find My Baby.

Dah 2 hari Chenow hilang, dia hilang di kampungku. Penat dah airmata keluar. Tak sesaat pun hati aku tak teringatkan Chenow. Mana dia tidur, macam mana makan dia, sihat ker? sakit ker? Dah puas meronda cari sekeliling taman. Kalau kamu telah 'pergi' dimana jasadnya. Puas aku cari, kering airmata aku tangisi, Mana kamu Chenow....kenapa Chenow tinggalkan mama?...

Ya Allah, pulang kan lah dia kembali ke pangkuan ku.




Umur: 1 tahun 4 bulan
Warna: Putih
Breed: Domestic Long Hair
Sex: Neuter
Tarikh hilang: 29 Jun 2011
Tempat hilang: Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang

Sesiapa yang menjumpai kucing ini tolong hubungi saya di 017-9166128


p/s: Please share this link around. Help me find my baby

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Cute Meow